1. Jelaskan tahap-tahap perkembangan masyarakat pra sejarah dan ciri-ciri kehidupan masyarakat zaman tersebut.
PENGENALAN
- Maksud pra sejarah : masas silam manusia yang tidak dicatatkan dalam tulisan. Zaman belum ada rekod bertulis.
- Tahap pra sejarah: pra sejarah awal – zaman Paleolitik dan mesolitik dan pra sejarah akhir ( zaman neolitik). Tempoh perkembangan zaman pra sejarah di setiap tempat/ benua adalah berbeza.
- Bukti kewujudan zaman pra sejarah: kajian arkeologi di tapak pra sejarah telah menemui fosil manusia, alatan dan perkakas, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan pada dinding gua.
A. Tahap Perkembangan Masyarakat Prasejarah
1. Prasejarah Awal (zaman Paleolitik dan Mesolitik)
Paleolitik Awal (zaman batu Lama): Bermula 5000,000 – 10,000 SM. / 75 % drp keseluruhan zaman Paleolitik. Terdapat 4 spesis manusia - Java Man, Peking Man, Fontechevade(Peranchis) dan Homo Neanderthal (Jerman)
Paleolitik Akhir: Bermula sekitar 30,000 – 10,000 SM. Spesis manusia zaman ini ialah Cro Magnon (Peranchis). Ciri CM – bahu lebar, berdiri tegak.
Zaman Mesolitik (zaman batu pertengahan): zaman peralihan antara zaman Paleolitik dan zaman Neolitik. Kurang mendapat perhatian pengkaji sejarah.
2. Prasejarah Akhir
Zaman Neolitik (Zaman Batu Baru): Bermula sekitar 7000 SM. Dikenali juga zaman `Revolusi Pertanian’. Dipelopori oleh manusia moden dari Asia Barat. Seterusnya berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah (Philip Lee Ralph).
B. Ciri-ciri Kehidupan Masyarakat Pra Sejarah
Paleolitik Awal (zaman batu Lama):
1. Kehidupan: Salah satu ciri penting bagi masyarakat Paleolitik ialah mereka hidup secara nomad iaitu masyarakat yang hidup secara berpindah randah atau migrasi dari satu tempat-tempat yang lain. Mereka tinggal dalam gua, bawah ranting dan dalam lubang. Masyarakat ini hidup dan berpindah dalam satu kelompok yang kecil khususnya dalam satu keluarga. Antara faktor penghijrahan mereka adalah untuk mencari sumber makanan (buah-buahan, binatang buruan, hasil-hasil hutan), tempat tinggal (gua batu, ranting kayu, dan tepi sungai), keselamatan dari ancaman binatang buas atau musuh dan lain-lain. Ini bermakna masyarakat paleolitik hidup bergantung dan menyesuaikan diri sepenuhnya kepada alam sekitar.
2. Alatan: Masyarakat Paleolitik memperlihatkan teknologi pembuatan alat-alat yang amat rendah, ciri pembuatan agak kasar dan terhad fungsinya. Ini dilihat melalui penemuan artifek yang tumpul dan mudah seperti kapak batu, beliung, ‘fist hatchet’ (kapak tangan) dan lain-lain. Kebanyakan peralatan senjata tersebut tidak diubahsuai dari unsur-unsur alam sekitar seperti batu pipih, tulang binatang, kayu yang keras dan lain-lain. Contohnya ahli arkeologi menemui kapak-kapak batu, lembing dan sebagainya yang tumpul dan tidak di asah pada permukaan mata di Gua Taat [ Kenyir, Terengganu],Gua Cha [Kelantan], Gua Niah [Sarawak], Kota Tampan [Perak] dan lain-lain.
3. Ekonomi: Masyarakat Paleolitik juga dikenali sebagai masyarakat pemungut, pemburu dan penangkap ikan. Ini kerana mereka bergantung sepenuhnya kepada alam sekitar untuk mendapat bekalan makanan dengan memungut hasil-hasil hutan seperti pucuk-pucuk kayu, buah-buahan, dan ubi. Mereka juga memburu binatang dan menangkap ikan dengan menggunakan alat penangkapan yang mudah. Masyarakat pada masa ini, masih lagi tidak tahu menyimpan makanan, memasak menggunakan api untuk memanaskan badan dan sebagainya. Dianggap sebagai parasit persekitaran.
4. Tempat Tinggal: Ciri-ciri tempat tinggal masyarakat Paleolitik memperlihatkan corak kehidupan mereka bergantung kepada alam sekitar. Kebanyakan masyarakat Paleolitik tinggal di dalam gua-gua atau di bawah ranting kayu yang ditutupi dengan rumput kering atau daun-daun kayu. Mereka tinggal di sesuatu tempat dalam tempoh masa yang singkat sebelum berpindah ke tempat lain untuk mencari tempat perlindungan yang baru atau apabila bekalan makanan di sekitarnya sudah habis. Pada zaman ini juga, masyarakat dikatakan belum lagi pandai hidup berkeluarga, berkampung atau membina penempatan.
5. Kerohanian: Mengamalkan ritual semasa upacara pengebumian. Terdapat kepercayaan kepada kehidupan selepas mati.
6. Pakaian: Pakaian masyarakat Paleolitik juga mempunyai ciri-ciri penyesuaian kepada alam sekitar. Pada zaman Paleolitik, masyarakat masih tidak pandai membuat pakaian dan selimut untuk menutupi atau memanaskan badan mereka. Kebanyakan pakaian mereka diperbuat daripada kulit binatang, kulit kayu dan daun- daun kayu.
Paleolitik Akhir
1. Tinggal dalam gua- pindah randah dan dalam kelompok yang kecil. Tiada pengkhususan kerja.
2. Alatan: Penciptaan alatan daripada batu yang lebih baik mutu buatannya. Terdapat alat daripada tulang, tanduk, gading. Contoh alatan – jarum, kail ikan, tempuling, lembing dan anak panah. Dibuat dengan tujuan memenuhi fungsi ekonomi. Terdapat kemahiran dalam penciptaan alatan.
3. Ekonomi: Memburu dalam kumpulan dan hasil buruan dikongsi. Mula menguasai dan menyesuaikan diri dengan persekitaran.
4. Pakaian: Dibuat daripada kulit binatang. Terdapat perhiasan daripada gigi binatang dan cengkerang berupa rantai dan subang.
5. Tahu menggunakan api: penemuan kesan terbakar pada tulang binatang buruan.
6. Mempunyai struktur sosial / konsep hidup berkumpulan. Kerjasama dalam pemburuan binatang yang besar – gajah, badak.
7. Kerohanian/kepercayaan: percaya kepada kuasa ghaib- ritual semasa mengebumikan mayat. Melukis dan mewarnakan mayat, menyertakan barang – perhiasan, senjata kepada si mati. Percaya kepada kehidupan selepas mati. Amalan magis - melukis binatang buruan – rusa, bison, gajah pada dinding gua. Tujuan mendapatkan hasil buruan yang banyak.
8. Kesenian: bersifat realisme – apa yang dilihat/nampak- lukisan binatang buruan pada dinding gua. Mural dan gambar pergerakan binatang – berlari, melompat, meragut. Seni penciptaan perhiasan badan. Rantai, subang.
Mesolitik
- Tinggal dalam gua, - pesisiran pantai dan sungai. Mula bergantung kepada sumber air.
- Alatan: - lebih halus buatannya dan pelbagai fungsi. Daripada tulang, gading, tanduk. Tidak terhad penggunaanya.
- Ekonomi. Masih memburu binatang, memungut hasil makanan dari hutan dan menangkap ikan.
- Kepercayaan – menanam mayat dan mengadakan upacara ritual. Meletakkan bahan keperluan si mati untuk kegunaan kehidupan selepas mati.
Neolitik
- Kehidupan secara menetap dan membina perkampungan. Penempatan di Jarmo, Iraq, Catal Huyuk, Turki dan Jericho di palestin– membina rumah daripada kayu, batu dan tanah liat . Membina penempatan di kawasan seperti tanah pamah (subur) , tepi sungai (sumber air), atau kawasan tanah-tanah tinggi yang strategik (keselamatan).
- Alatan- lebih halus, pembuatan yang kompleks dan kepelbagaian fungsi. Antaranya alat-alat batu yang digunakan seperti kapak batu, beliung, lembing dan lain-lain yang lebih tajam dan diasah serta dilicinkan. Bertujuan untuk meningkatkan ketajaman penggunaannya seperti ketika memburu binatang, memotong kayu, memotong daging dan lain-lain. Terdapatnya penciptaan tembikar dan penggunaan alat-alat tembikar yang kasar seperti pinggan, mangkuk, tempayan yang digunakan untuk menyimpan bijirin dan wain. Masyarakat Neolitik sudah pandai membuat alat-alat untuk menyimpan makanan seperti bakul yang diperbuat daripada rotan, akar-akar dan daun kayu. Lain-lain penggunaan alat adalah daripada tembaga, logam, bow dan pemanah, tanduk dan gading di samping alat-alat pengangkutan dan perhubungan seperti perahu, layar.
- Ekonomi – menjalankan aktiviti pertanian – tanaman makanan seperti bijirin dan penternakan binatang seperti kambing, biri-biri dan anjing. Kegiatan memburu binatang dan memungut hasil hutan kurang penting. Bijirin makanan dituai dan disimpan untuk kegunaan seterusnya. Berlaku penerokaan kawasan baru untuk aktiviti pertanian dan penternakan. Mewujudkan kawasan perkampungan.
- Pengkhususan pekerjaan- lelaki melakukan kerja-kerja memburu (luar rumah), menebas dan menebang tanah untuk pertanian ( penggunaan tenaga yang banyak), wanita kerja-kerja di rumah/pertanian. Wujud golongan agama yang melakukan upacara keagamaan. Terdapat golongan artis, tukang dan ahli kraftangan
- Kegiatan perdagangan berasaskan sistem barter. Lebihan hasil pertanian/makanan ditukar dengan barang lain yang diperlukan. Meningkatkan interaksi antara masyarakat dan pertukaran idea.
- Peningkatan teknologi – menenun pakaian daripada benang kapuk dan bulu. Pengunaan alatan untuk aktiviti pertanian- bajak/tenggala dan sabit drp. Logam. Penciptaan roda untuk pengangkutan dan pembuatan tembikar (penggunaan roda ceper). Pembinaan terusan dan tali air – mengairi kawasan pertanian. Teknologi melebur logam. Penggunaan perahu dan layar.
- Agama dan kepercayaan -penyembahan dewa-dewi (penjaga alam semulajadi) untuk menjamin hasil tanaman dan pembinaan rumah ibadat. Memakai gelang / rantai sebagai tangkal bertujuan mengelak nasib buruk.
- Organisasi sosial- hidup bermasyarakat dan kerjasama – membuka tanah pertanian, membajak dan menuai. Ketua kampung bertindak sebagai penyelia dalam aktiviti memburu dan membuka tanah.
- Seni - simbolisme dan mempunyai corak/hiasan. Tembikar dihias dengan corak dan simbol. Penggunaan bahan berwarna dalam karya catan/ seni
Kesimpulan
2. Huraikan pencapaian teknologi dalam masyarakat zaman Neolitik.
PENGENALAN
- Maksud teknologi : J.K Galbraith – penggunaan bersistem tentang sains untuk tujuan amali. Penggunaan alatan zaman pra sejarah untuk memudahkan kegiatan harian.
- L. belakang zaman Neoitik – zaman pra sejarah akhir. Wujud antara 7000SM – 3500SM. Sudah pandai menyesuaikan diri dgn. alam sekitar. Dikenali juga zaman `Revolusi Pertanian’. Dipelopori oleh manusia moden dari Asia Barat. Seterusnya berhijrah ke Afrika dan selatan Eropah (Philip Lee Ralph).
- Maksud pra sejarah : masa silam manusia yang tidak dicatatkan dalam tulisan. Zaman belum ada rekod bertulis. Bukti kewujudan zaman pra sejarah: kajian arkeologi di tapak pra sejarah telah menemui fosil manusia, alatan dan perkakas, tempat kediaman, sumber makanan, lukisan.
- Ciri-ciri zaman Neolitik - Kehidupan secara menetap dan membina perkampungan, alatan- lebih halus, ekonomi – menjalankan aktiviti pertanian dan penternakan, adanya pengkhususan pekerjaan.
A. Pencapaian Teknologi Dalam Masyarakat Neolitik
- Alat-alat - seperti bajak, tajak dan cangkul daripada granit telah dicipta. Alat-alatan mereka lebih elok dan halus. Membawa revolusi baru dalam pertanian. Menjadikan kawasan pertanian lebih luas dan memperolehi hasil yang banyak. Berlaku lebihan pengeluaran hasi pertanian.
- penggunaan binatang untuk membajak - Menggunakan tenaga binatang seperti lembu, kerbau dan kuda sebagai penarik bajak.
- Teknologi membuat tembikar - Tembikar turut dicipta bagi kegunaan menyimpan makanan, hasil pertanian dan air. Tembikar dan bakul turut dicipta bagi kegunaan menyimpan makanan, hasil pertanian dan air.
- Teknologi menenun kain - Teknologi menenun kain daripada bulu binatang dan benang kapuk dengan menggunakan alat tenunan. iaitu membuat pakaian daripada bulu binatang yang diternak dan kapas. Membuat benang kapuk dengan menggunakan alat tenunan.
- Teknologi membina perahu, rakit dan kapal layar. Telah membolehkan masyarakat zaman Neolitik berhubung dengan dunia luar. Mereka telah berjaya mengembara ke kawasan yang jauh dan merentasi lautan dan mendiami sebahagian besar kepulauan utama dunia. Sebagai kemudahan untuk mengangkut hasil perdagangan. Membawa kepada perkembangan perdagangan dalam masyarakat Neolitik.
- Berupaya mencipta roda - Membantu dalam pembuatan tembikar dan pengangkutan. Roda yang dicipta dapat membantu perjalanan menjadi lebih pantas. Penggunaan roda ceper telah membantu pengeluaran barang tembikar lebih cepat dan seragam. Roda telah dicipta dan membantu perjalanan menjadi lebih pantas dan roda untuk mengangkut hasil pertanian
- Teknologi melebur logam. Zaman akhir neolitik, pandai melebur logam dan menggunakan gangsa, tembaga dan besi. Wujud peralatan yang dibuat daripada logam yang digunakan dalam kehiidupan seharian. Contohnya seperti mata bajak
- Teknologi membina rumah - diperbuat daripada batu-bata, kayu, tanah liat dan tumbuhan liar yang terdapat di pinggir sungai
- Teknologi pengairan iaitu telah berupaya untuk membawa masuk air ke dalam sistem perparitan / terusan ke kawasan pertanian. Menggunakan kaedah kincir atau sadus. Membina sistem perparitan / Terusan dan tali air untuk mengairi kawasan pertanian.
Kesimpulan
3. Jelaskan bentuk-bentuk kemahiran yang terdapat dalam masyarakat zaman
Neolitik
Pengenalan
1. Latar belakang zaman Neolitik – Tahap terakhir dalam zaman para sejarah/ Zaman batu baru. Bermula sekitar 7000 SM di Asia Barat. Bargantung kepada pertanian sebagai sumber makanan utama.
2. Masyarakat zaman Neolitik mula menjalankan kegiatan pertanian, menternak binatang, dan tinggal menetap di perkampungan yang berhampiran lembah sungai dan kawasan pertanian.
3. Masyarakat zaman Neolitik telah mempunyai beberapa kemahiran yang berkait rapat dengan kehidupan mereka seperti pembinaan rumah, aktiviti pertanian, membuat pakaian, perhiasan, tembikar dan sebagainya.
Kemahiran - dalam masyarakat zaman neolitik
- Kemahiran membina rumah . Mereka membina rumah daripada kayu, batu dan tanah liat dan dikelilingi oleh tembok batu bagi tujuan keselamatan. Contohnya penempatan di Jerochi, Iraq.
- Kemahiran melukis pergerakan objek - Melukis pada dinding gua yang menggambarkan binatang buruan dan bentuk pergerakan binatang. Seperti gambar binatang yang berlari, melompat dan meragut makanan.
- Mahir membuat alat yang lebih halus dan tajam/ boleh diasah-Tajak digunakan untuk menggemburkan tanah .
- kemahiran berkomunikasi sesama sendiri dan dengan masyarakat luar melalui perdagangan tukar barang.
- Kemahiran membina perahu dan rakit.
- Kemahiran menjinakkan binatang liar – menjadikan binatang peliharaan – anjing, babi dsb.
- Mahir mengeksploitasi alam sekeliling- menggunakan binatang ternak untuk membajak tanah. Mmencari tanah yang subur untuk kegiatan pertanian.
- Mahir menghasilkan tembikar - Mereka juga mahir membuat tembikar dan membuat tempayan. Tembikar mempunyai ukiran pada permukaan dan diterapkan nilai-nilai estetika. Tembikar tanah ini digunakan untuk memasak dan juga menyimpan makanan, wain dan minyak.
- Kemahiran mencipta roda - mereka juga pandai membuat roda. Sistem roda ini digunakan untuk sistem pengairan dan digunakan sebagai roda kenderaan yang ditarik binatang. Roda juga digunakan untuk membuat tembikar yang dikenali sebagai roda ceper.
- Kemahiran membuat barang perhiasan dan kraftangan – gelang, manik, anyaman dan penggunaan batu klawi untuk mengecat/mewarna
- Kemahiran memintal, menenun dan menjahit pakaian - Masyarakat zaman Neolitik sudah pandai menenun kain dan menjahit daripada bulu kambing. Pakaian mereka ini diperbuat daripada kain-kain yang lebih berkualiti. Mereka juga telah membuat selimut untuk perlindungan daripada cuaca yang sejuk .
- Kemahiran membina sistem pengairan - terdapat juga penggunaan teknik pengairan untuk kawasan pertanian iaitu dengan membina terusan dan tali air. Terutamanya bagi kawasan yang kurang mendapat sumber bekalan air.
Kesimpulan
4. SEJAUH MANAKAH REVOLUSI PERTANIAN MENJADI TITIK TOLAK KEPADA KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA?.
A. PENGENALAN ( 3 Markah)
1. Latar belakang zaman Neolitik
Sebelum munculnya tamadun, terdapat kelompok-kelompok masyarakat yang berselerak di merata-rata tempat menunjukkan bentuk kebudayaan, kebendaan, dan kerohanian yang berbeza. Semasa zaman Neolitik, terdapat perbezaan-perbezaan yang disebabkan oleh percubaan manusia untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka dengan unsur-unsur kehidupan. Kebudayaan Neolitik merupakan tahap terakhir zaman prasejarah dan dianggarkan bermula sekitar 7000 SM. Zaman ini menyaksikan perkembangan kegiatan pertanian dan penternakan binatang yang dikenali sebagai revolusi pertanian. Buat pertama kalinya manusia tidak bergantung sepenuhnya kepada persekitaran tetapi sebaliknya, berjaya menguasai persekitaran fizikal untuk memenuhi keperluan ekonomi mereka. Berbanding dengan zaman Paleolitik, manusia Neolitik telah mengubah corak masyarakatnya. Revolusi pertanian telah menyebabkan kehidupan manusia bertambah kompleks dan memberikan satu asas yang kukuh untuk kemunculan masyarakat Bandar yang bertamadun.
2. Konsep tamadun
Gordon Childe, seorang ahli kaji purba Australia mengaitkan tamadun dengan proses perbandaran. Menurutnya, tamadun melambangkan suatu tahap pencapaian manusia dalam proses penyesuaian diri dengan persekitarannya. Pada titik itulah manusia berkumpul di sesuatu pusat yang dapat memenuhi kehendak mereka iaitu untuk memajukan tahap kehidupan. Interaksi yang berlaku menghasilkan pertambahan pengetahuan dan pengalaman yang dapat melengkapi diri mereka dengan cultural potential untuk kehidupan yang lebih sempurna. Pengkhususan kerja berlaku dengan pengeluaran berlebihan. Ciri-ciri tamadun lain turut berkembang seperti sains dan teknologi, kesenian, agama dan sebagainya.
Contoh-contoh tamadun awal manusia
B. ISI-ISI PENTING (7 Isi X 3 Markah = 21 Markah)
1. Konsep dan kepentingan revolusi pertanian terhadap kemunculan
tamadun.
Revolusi pertanian ialah keupayaan manusia mengawal bekalan makanan dan menawarkannya secara berterusan, penggunaan alat-alat yang khusus untuk pertanian yang lebih baik dan pemilihan jenis tanaman dan ternakan yang sesuai. Kelahiran revolusi pertanian telah memberikan kesan yang besar kepada kehidupan manusia pada zaman Neolitik dan menjadi penyambung kepada permulaan tamadun awal manusia. Kemajuan yang dicapai oleh manusia melalui revolusi pertanian membuka jalan kepada berkembangnya tamadun manusia. Sejak bermulanya kegiatan bercucuk tanam, menternak, dan wujudnya perkampungan, manusia mula membuat pelbagai inovasi untuk membolehkan mereka menguasai alam sekeliling mereka. Kawasan perkampungan pula makin berkembang dan akhirnya sekitar tahun 3000 – 4000 SM, muncul bandar-bandar sebagai pusat kehidupan manusia yang bertamadun.
2. Perubahan corak penempatan masyarakat
Manusia tidak lagi berpindah randah untuk memburu binatang dan mengutip makanan. Corak penempatan adalah lebih menetap dengan penanaman tanaman-tanaman makanan dan menternak binatang menjadi bertambah penting untuk menampung kehidupan. Ini mungkin ada hubungannya dengan tamatnya zaman air batu apabila binatang-binatang yang biasanya diburu lenyap dengan pengunduran lapisan-lapisan air batu. Iklim yang lebih panas serta kemunculan pelbagai tumbuh-tumbuhan membolehkan manusia mengubah suai ekonomi memburu kepada ekonomi pertanian. Didapati perkembangan penempatan-penempatan kekal dengan perkampungan diwujudkan di kawasan yang tanahnya subur dan berhampiran air yang diperlukan untuk kegiatan pertanian. Pada zaman ini, pertanian, penenunan, dan penternakan binatang yang berguna kepada manusia telah wujud. Masyarakatnya hidup menetap bercorak perkampungan dan manusia dapat berkumpul di sesuatu tempat dan hidup bersama-sama untuk menghadapi cabaran fizikal supaya persekitarannya dapat dikuasai dengan lebih berkesan.Oleh itu, kebudayaan Neolitik menjadikan asas perkembangan tamaduntamadun yang bersifat urbanisasi.
3. Pertambahan penduduk
Pertambahan penduduk memang mendorong masyarakat Neolitik untuk meneroka kawasan-kawasan baru yang tanahnya subur untuk pertanian. Ahli kaji purba telah membuktikan kebudayaan Neolitik yang tersebar meluas. Tapak-tapak Neolitik telah ditemui di Yunani, Turki, Iran, Syria, Turkestan, Mesir, dan Eropah. Walaupun tapak-tapak itu menunjukkan corak kehidupan yang berbeza-beza tetapi pada asasnya memperoleh ciri-ciri utama yang sama seperti pertanian, menternak binatang, penggunaan tembikar, membuat rumah, dan kemahiran menenun. Pertambahan penduduk menyebabkan lahirnya keperluan hidup berorganisasi yang akhirnya mendorong kemunculan tamadun awal dunia.
4. Perkembangan dan kemajuan kegiatan ekonomi
Perubahan orientasi ekonomi daripada sara diri kepada komersial. Mereka menyimpan lebihan hasil untuk meningkatkan pengeluaran. Proses pertanian dan pengairan yang terdapat di Mesopotamia dan Mesir membawa selangkah lagi kemampuan manusia untuk mengawal air sungai untuk tujuan pertanian secara besar-besaran misalnya tamadun-tamadun awal terletak di tebing sungai besar seperti Nil, Tigris-Euphrates, Indus, dan Hwang Ho. Peningkatan dan kemajuan ekonomi turut mendorong kemunculan tamadun awal dunia kerana kehidupan masyarakat bertambah baik dan kompleks. Contoh-contoh tanaman : gandum, filet, pokok papyrus, dan lain-lain.
5. Kemajuan peralatan dan teknologi
Kebanyakan alat-alat walaupun dibuat daripada batu adalah lebih halus dan juga diubahsuaikan dengan keperluan pertanian. Hal ini menunjukkan manusia Neolitik adalah lebih inovatif dan kreatif. Terdapat tenggala dicipta untuk memudahkan pertanian dan roda untuk mengangkut hasil pertanian. Terusan dan tali air juga dibina untuk mengairi kawasan-kawasan pertanian. Contohnya syaduf, penggunaan baja, dan benih tanaman. Penciptaan roda bukan sahaja mengubah corak pengangkutan dan mempercepatkan perkembangan industri terutamanya industri kerja tangan untuk memenuhi keperluan agama dan sosial. Penggunaan roda sebagai alat industri, barangbarang yang dikeluarkan menjadi seragam dalam bentuknya dan juga dapat dijadikan barang-barang eksport. Roda dapat menggalakkan pertumbuhan perdagangan dengan tamadun-tamadun seperti perdagangan antara Mesir dan Mesopotamia dan juga antara Mesopotamia dengan Mohenjo-Daro.
6. Wujud organisasi sosial
Institusi keluarga yang berasaskan unit pertanian kecil telah wujud dan mempunyai ketua bagi menjamin keselamatan kelompok. Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan masyarakat hidup lebih sistematik dan berlakunya pembahagian kerja dan hieraki masyarakat iaitu golongan atasan seperti raja dan golongan bangsawan, golongan pertengahan seperti golongan professional, artisan, pedagang, dan golongan bawahan seperti rakyat biasa dan hamba. Kesannya, masyarakat hidup lebih selesa dan produktif serta mendorong kepada kemunculan tamadun awal manusia.
7. Permulaan pengkhususan kerja
Wujudnya organisasi masyarakat membolehkan pembahagian tugasan harian. Golongan wanita terlibat dengan kegiatan pertanian manakala golongan lelaki terlibat dengan kegiatan memburu atau menternak binatang, golongan agama menguruskan urusan agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Terdapat golongan yang menumpukan urusan penghasilan alat-alat baru pertanian seperti golongan petukang. Pembahagian tugasan kerja mempercepat perkembangan masyarakat bertamadun.
8. Perkembangan sistem kepercayaan
Agama berpunca daripada kepercayaan kuasa semula jadi yang menentukan hasil pertanian dan kebajikan masyarakatnya. Kehidupan beragama menyebabkan masyarakat hidup lebih teratur dan sentiasa patuh kepada peraturan hidup. Kesannya, lahirlah masyarakat yang bertamadun dan hidup
berperaturan. Contohnya, tamadun Mesir mempercayai bahawa firaun menguasai segala sumber alam semulajadi dan dianggap sebagai anak tuhan matahari (Amon-re).
9. Perkembangan pemikiran secara konseptual
Dapat dilihat dalam ciptaan seninya yang menandakan suatu perkembangan baru. Seni Paleolitik bersifat realisme yang diilhamkan melalui objek-objek nyata atau nampak. Seni Neolitik pula bersifat simbolisme seperti seni dalam penghasilan tembikar yang permukaannya dihias dengan pola-pola teometrik dan simbolik. Pemikiran konseptual mungkin merangkumi nilai-nilai agama yang berkaitan dengan dewa-dewa untuk menjamin hasil pertanian berlipat ganda. Perkembangan ini mendorong kemunculan tamadun awal manusia.
10.Penciptaan sistem tulisan
Penciptaan sistem tulisan menjadi asas kepada kemunculan tamadun danberlakunya penambahan pengetahuan serta melicinkan pengurusan ekonomi. Tulisan digunakan untuk mencatatkan peristiwa seharian, keagamaan, perdagangan, undang-undang, dan lain-lain.
11.Bentuk muka bumi/lokasi/iklim/tanah-tanih
Kemunculan tamadun turut didorong oleh keadaan bentuk muka bumi, lokai, iklim, dan tanah-tanih. Sejak zaman Neolitik, masyarakat sudah bijak menyesuaikan diri dengan persekitaran mereka. Mereka memilih petempatan di tepi-tepi sungai, tepi pantai, dan tanah pamah. Pemilihan kawasan lembahlembah sungai sebagai kawasan petempatan disebabkan kawasan ini sesuai untuk kegiatan pertanian dan penternakan serta perdagangan. Di samping itu, mereka menguasai ilmu tentang iklim dan jenis tanaman.
12.Penghijrahan (Migrasi dan Imigrasi)
Kemunculan dan perkembangan tamadun awal manusia turut didorong oleh penghijrahan iaitu imigrasi dan migrasi penduduk. Mobiliti penduduk berlaku apabila sesuatu kawasan pertanian dan petempatan yang lebih luas diperlukan kesan pertambahan penduduk. Migrasi penduduk turut berlaku akibat kegiatan perdagangan dan kemajuan teknologi pengangkutan seperti roda, layar kapal, kapal layar, dan sebagainya.
13.Tenaga angin
Angin digunakan sebagai punca tenaga yang menghasilkan corak pengangkutan baru dan peranan ( wind mills ) antara tamadun. Perdagangan jarak jauh menjadi satu kenyataan untuk mendapatkan bahan-bahan mentah bagi keperluan agama, industri, dan pembinaan bangunan serta memperkayakan ciri-ciri kebudayaan, akibat pertukaran fikiran, dan teknik perindustrian.
C. KESIMPULAN ( 1 Markah)
Apa-apa yang berkaitan.
5. Huraikan perkembangan dan kepentingan tulisan dalam tamadun awal
Pengenalan
1. Maksud tamadun –
2. Latar belakang tamadun awal –
Perkembangan tulisan
- Kemunculan tulisan berkaitan dengan perkembangan aktiviti pertanian dan kemunculan bandar.
- Bukti tulisan dijumpai pada binaan / kota yang terdapat di bandar-bandar seperti di lembah Euphrates dan Tigris (Cuneiform), Lembah Nil – bandar Memphis dan Thebes (Hieroglif)
- Di Mesopotamia, tulisan dicipta oleh golongan paderi/ketua rumah berhala terutamanya untuk merekod hasil pertanian dan kutipan cukai.
Kepentingan Tulisan
- Mengurus pentadbiran – mendokumentasikan pemerintahan dan pentadbiran.
- Menyimpan rekod dan akaun hasil pertanian dan kutipan cukai.
- Merekod aktiviti pertanian iaitu masa untuk menanam dan menuai hasil pertanian.
- Urusan perdagangan – merekod hasil belian dan jualan dan pemunyaan barang.
- Merekod undang-undang dan peraturaan sosial dalam masyarakat. Kod undang-undang dan kanun – Kod Undang-undang Hamurabi
- Merekod aktiviti keagamaan pdan peristiwa sejarah yang melibatkan raja dan pembesar.- Mesir. Mencatatkana tentang pemerintahan Firaun.
- Kesusasteraan - menulis hasil-hasil sastera seperti Epik Gilgamesh di Sumeria.
- Pembinaan – jurutera menggunakan ntulisan dan perkiraan matematik untuk membuat binaan-binaan utama dalam tamadun awal seperti Piramid di Mesir dan sistem pembandaran di Mohenjadaro.